Mari saya ceritakan satu kisah sedih.Kisah yang kita semua lalui setiap hari, tapi mungkin hanya orang-orang yang tertentu yang dapat mendengar dan merasai kesedihan ini. Cuma mereka yang melihat dengan mata hati yang dapat merasai alangkah kecewanya dan sayunya nasib mereka yang tidak berdaya ini.
kisah satu:
Ini adalah kisah sejenis kain.Kisah ini mengalami nasib yang malang sebelum kemunculannya, namun tiada siapa yang boleh disalahkan, kerana mungkin pada zaman itu, tiada kesedaran lagi untuk mengenakan kain ini. Ia menerima nasibnya seadanya, mengharapkan suatu hari nanti ada daie yang akan mengubah nasib mereka.
Hari itu tiba juga, kebanyakan orang sudah mula mengenali signifikan kain ini, dan keperluannya, dan sehelai kain ini adalah kain yang menjadi benteng mereka dari memasuki neraka Allah yang sangat digeruni. Kesedaran mula timbul, dan akhirnya kain ini mencapai zaman kegemilangannya. Ia bahagia, kerana dapat berkhidmat dengan begitu efektif sekali.
Namun alangkah malangnya, ia mengalami suatu proses yang tidak dialami oleh manusia, iaitu proses evolusi.Sains telah membuktikan bahawa Teori Evolusi Darwin telah musnah sama sekali, tetapi tidak bagi kain ini. Semakin lama penggunaannya semakin disalahgunakan, dan ia berevolusi menjadi semakin singkat dan ada kalanya kelihatan tidak berfungsi langsung. Bentuk-bentuknya menjadi pelbagai, dan cara pemakaiannya juga semakin pelik dan tidak menepati tujuan asal penciptaannya.
Ia sedih, merintih dan menangis, tapi semakin ramai orang tidak mendengar...tiada siapa tahu kesudahannya, namun ia tidak pernah berhenti berkhidmat, dengan harapan semoga orang yang memakainya, suatu hari nanti, akan kembali muhasabah akan tujuan asal mereka.
Dalam kesakitan itu, ia masih dan akan terus berdoa! (to be continued, hehe)

Comments