Skip to main content

A year after..

Bismillah. dah lama tak menulis kat blog ni. sebenarnye bukan sebab takde masa. The problem is always about the idea. kalau nak tulis . selalu tanya, bermanfaat ke ape yang aku tulis ni nanti? kalau tertulis yg tak elok tu macam mane pulak? itu satu. masalah lagi satu, kalau time periksa ke time waktu busy ke mesti penuh dengan idea, sampai kene tahan diri, cakap kat diri sendiri, takpe sofwah, nanti lepas habis exam, boleh tulis sepanjang-panjang sampai lenguh tangan, tapi bila dah habis exam, entah hilang ke mane idea tu. sangat annoyed kekadang. haha.

So, sepertimana yg diketahui, blog ni bukan blog fully islamic and cakap pasal islamic stuffs macam cinta ke hape. Bukan tak teringin,. tapi mengenangkan diri, yg tak berapa dalam ilmu ni dan sometimes bimbang, kalau tercakap melebih-lebih, sampai ke tahap, it's easier said than done. Then I opted to blog about how I viewed my life and how can we always extracted new lesson from it, and I hope everyone can relate and learn.

Doublessly gonna miss this place

I have bid my goodbye to this place. Kelantan. Specifically, UM Nilam Puri, this place taught me to grown up, without have to leave the childhood inside of me. Honestly, saya still main kejar-kejar dengan kawan-kwan, ade kadang-kadang pernah main lawan pemadam dalam kelas, suke mengusik kawan kat bilik sebelah sampai bergegar satu asrama dibuatnya, and of course, I'm doing it for fun. Kadang-kadang, ade yang terlalu mengejar kematangan, terlalu pandang ke hadapan, nak membesar, nak kahwin ape semua, sampai terlupa nak appreciate ape yg ade sekeliling kita. Some being too serius sampai takde sense of humour. orang bergurau pun tak faham dan takde respons. sangat menyedihkan.

Kematangan tu bukan diukur kamu still lagi main macam budak-budak ke tak, tapi it's always related to emotion. Kamu boleh buat keputusan, bertindak dan ada tanggungjawab atas ape yang kamu buat, kata. Boleh separate antara personal dengan professional tanpa ade masalah. boleh fikir dan terima setiap consequences atas stiap keputusan yang dibuat. That's how maturity defined to me.

it have been a year since that decision


A TITLE (SEBUAH GELARAN)

For every title, has its own price. The higher the title, the more you have to put in stakes. kecualilah kalau nak jadi first lady Malaysia, all you have to do is marry the prime minister and belanja semua duit yang ade. eh. 

Kalau orang tanya, kamu belajar mana sekarang, jawab la, belajar UM, course pengajian Islam dengan Sains. Kalau sebut nama course sendiri mesti muka orang yg tanya tu berkerut. haha. betapa la terpencilnya kursusku ini. takpe, lama-lama dah biasa. Selalu dalam kelas, pensyarah-pensyarah selalu cakap, student APIDS ni lain. (jujur, sampai sekarang saya tak nampak ape yg lainnya). 

waktu malam dinner WADA', Timbalan Pengarah cakap, "Kamu APIDS ni kene la mujahadah sikit, sebab kamu tak sama dengan orang lain, orang lain dah nak dapat result esok, kamu baru habis periksa harini. Duduk kat KL nanti, jage la diri, jangan duduk Nilam Puri, tema dinner Arabian Night, nanti dah duduk KL jadi American Night" haha. itu la TP yg paling cool sedunia.

Siapa yg taknak jadi seorang saintis yang faham agama, boleh cakap bahasa Sains, tapi dalam masa yang sama, bole cerita pasal Al-Quran. Hadis? tipu la kalau tak teringin kan?

Tapi, untuk sampai ke tahap tu, usaha kene luarbiasa, lebih dari orang lain. Sabar kene lebih. Belajar pun kene lebih ye Sofwah!

Ustazah Wan Rohani, pensyarah Bahasa Arab pernah cakap dalam kelas, " Ustazah dulu belajar sampai menangis2, sampai tahap serik taknak belajar dah lepas ni. (padahal ustazah sambung master jugak, terbaiklah ustazah!)". Sebenarnya bila ustazah cakap macam tu, rase lega sebab dah pernah menangis dalam kelas math sebab tak paham2. hehe.

"Buat sesuatu, dapat sesuatu!" Prof J, lecturer algebra, selalu ulang-ulang. 
"Janganlah berkilau seperti embun di waktu pagi, kilauannya hilang ditelan matahari. Berkilau lah seperti kilauan permata di dalam kaca. seperti dalam firmannya, surah Nur, ayat 35:
"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah pertunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam gelok kaca (gandil), gelok itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
Pesanan yang sangat menusuk kalbu, daripada seorang pensyarah Matematik!

Semoga pelajar-pelajar APIDS akan sentiasa berkilau seperti firman Allah itu. Semoga kami sentiasa diberi kekuatan untuk meneruskan setiap langkah ke arah kejayaan. Semoga terus istiqamah, dan semoga cemerlang, dunia akhirat. amin.


Tipulah kalau tak pernah ade rasa menyesal pun, pernah ada even sikit pun, tapi insyaAllah, ini jalan yg saya pilih, dan untuk jadi orang yg luarbiasa, jalannya pun kene la luarbiasa! :)

Comments